Wednesday, 22 May 2013

DARA


Sebagai berlawan dengan ciri-ciri mengenal pasti si teruna tadi... Disini ada jgak sisipan untuk teruna mengenal pasti gadis-gadis perawan... Antara ciri-ciri nya menurut petua orang-orang dahulu ialah :

DAHI
Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu senggama licinnya hilang, justru yang timbul kedutan (garis2) yang kadang nampak kadang tidak ketika bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang dimamah usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan marah, sementara kedutan kerana dimakan usia sentiasa nampak dan kekal.Tetapi kedutan kerana hilangnya kesucian tidak mudah dihilangkan. Untuk memudahkan melihat gadis yang masih suci atau tidak. Cuba perhatikan dahi perempuan yang sudah bersuami dengan yang belum. Perhatikan betul2, nampak kelainannya. Gadis yang sudah tidak suci terdapat beberapa kedutan garis2 timbul dan melekuk didahi gadis itu. Perhatikan betul2 sebab garis2 itu tidak begitu nampak (terang). Wallahu a’lam.
HIDUNG
Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuhh ujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, kadang2 warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat, tak percaya cuba tengok hujung hidung anak perempuan, merahkan..? Bagi lelaki yang suka merosak kesucian wanita, hidungnya berbelang, oleh karena itu disebut lelaki hidung belang. Wallohu a’lam
MATA
dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati…..
Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantikkah, berserikah, maniskah, dsb. kadang2 kita hanya memandang wanita cantik luarannya saja, tapi bahagian dalamnya sudah musnah, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak cuba tengok matanya. Bila bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam bermaksud gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. lebam yang menunjukkan tidak suci nampak semacam garis2 hitam di bawah kelopak mata disamping warna hitam dibawah kelopak mata sedikit kelihatan berkedut. Gadis yang masih suci matanya berseri2, tidak ada warna hitam, lebam maupun garis2. Apabila gadis itu tertawa di bawah kelopak matanya tidak terdapat apapun, seperti kedut (berkeriput) , bergaris dll. Wallohu a’lam.(yg dimaksud lebamnya mata bukan kerana kurang tidur )
PUNGGUNG
Punggung gadis berubah melalui 2 proses:
1. Punggung gadis menjadi besar kerana proses hormon.
2. Punggung gadis menjadi besar kerana lelaki.
Punggung yang sudah kena sentuhan lelaki akan menjadi besar, lebih2 yang sudah melakukan hubungan kelamin. Punggung gadis yang masih suci walaupun gemuk ia masih kelihatan cantik, sebab masih kental dan tegang serta tidak lesu dan jatuh. Cuba perhatikan pinggang gadis, kalau pinggangnya masih ramping dan punggung tidak besar, tidak montok dan kenyal pada punggungnya. Kalau berjalan punggungnya tidak goyah sebab dagingnya masih solid dan tidak lembut kalau dipegang (jangan pegang sesuka hati, nanti ada yg makan penampar =D), maksudnya dia masih suci. Bagi yang pernah melakukan hubungan seks, punggungnya memang berisi dan besar tetapi tidak kental, punggungnya nampak jatuh, lebih2 ketika berjalan, goyangannya tidak melantun. (jangan imagine lebih2 plak :p)
Kenapa punggung gadis yang pernah melakukan hubungan badan nampak sedikit jatuh? Disaat melakukan hubungan seks, lebih kurang 90% hormon yang ada di bahagian punggung akan tertumpu kebahagian kemaluan, sebab di masa klimaks, punggung gadis menjadi tegang.Apabila sudah habis melakukan hubungan punggung yang tegang akan mengendur semula dan ini menyebabkan punggung menjadi kendur dan jatuh. Lebih kerap gadis itu melakukan hubungan seks, punggung akan semakin jatuh dan lesu, leper. Wallahu a’lam.
TELINGA
Telinga termasuk salah satu panca indra yang boleh digunakan untuk mengetahui samaada gadis itu masih suci atau tidak. Di negera china telinga sebagai peramal untuk mengetahui penyakit didalam tubuh seseorang. Gadis yang tidak pernah disentuh oleh lelaki, telinganya cantik dan nampak bersih, kalau gadis itu pernah disetubuhi atau telinganya pernah digigit atau dicium dan disentuh, secara automatik bentuk telinga gadis itu akan berubah menjadi lebih leper sedikit dan tidak lagi kemerah-merahan dan menjadi pucat. Bagi gadis yang masih suci tapi pernah kena sentuh lelaki, pucatnya tidaklah ketara sangat. Wallahu a’lam.
BUAH DADA (payudara)
Peranan buah dada memang banyak, bukan sekedar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu pernah disentuh atau tidak. Buah dada gadis yang belum pernah kena sentuh, sentiasa tegang. Tetapi kalau sudah kena sentuhan, buah dada itu tegangnya berkurang dan membesar sedikit dari pada ukuran asalnya, lebih kerap disentuh, lebih kendur. Perhatikan gadis disaat berjalan atau berlari, bergerak2 dan melambai jatuh (ke bawah) dan berbuai sekali bermaksud ketegangan sudah hilang. Kalau belum kena sentuhan, walaupun buah dada berbuai disaat berlari tetapi buaiannya tidak terlalu melambai2 berarti ketegangan masih ada.
Puting buah dada yang pernah kena sentuhan menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit dari tempat persembunyiannya. Buah dada yang selalu kena ramas akan menjadi lebih besar, dan jangan menuduh gadis yang berbuah dada besar itu kena remas. Sebab, buah dada yang besar sebab kena ramas dan yang besar sebab semulajadi memang berbeza.
Buah dada yang kena ramas menjadi besar tetapi tidak tegang. Sementara buah dada yang besar sebab semulajadi setiasa tegang dan disaat berjalan tidak bergoyang, kalau yang kena ramas bergoyang terbuai-buai seperti telinga gajah, berbuai kekiri, kekanan, keatas, kebawah terkadang melambung2 ketika gadis itu berjalan atau berlari.
Seorang gadis jika telah dewasa, kecil kemungkinan ukuran payudaranya berubah, kecuali bila berat badannya bertambah. Bentuk tubuh yang baik akan membentuk payudara nampak lebih besar. Cuba tanyakan, apakah ia senang payudaranya disentuh atau tidak? Sebagian wanita memiliki puting payudara yang sangat sensitif sebagian lainnya tidak, mereka mungkin ingin payudaranya disentuh atau mungkin tidak. Tetapi umumnya wanita menyukai sentuhan lembut dan ciuman pada payudara dan juga pada puting payudara. Payudara dan putingnya akan mengeras apabila dirangsang. Begitulah tanda2 yang paling jelas bila ia terangsang, meskipun tidak semuanya demikian. Tanda2 lainnya adalah pelendiran pada liang vagina, kemerah-merahan di dada dan meningkatkan kecepatan denyut jantung dan pernafasan. Wallahu a’lam.
GARIS TELAPAK TANGAN
Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak (urat2 yg mrupai retak), bukan disebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia, bermaksud gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua telapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnannya pucat tidak merah, jika selepas ditekan, ia akan tegang serta merta. Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus2 bahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus2 bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat telapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya dalam masa satu minit, ketika menggenggam terasa panas sedikit dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sekali walaupun ada rasa hangat bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah terbang.
Cuba pegang jari kelingkingnya, kira2 satu minit, lalu lepaskan, tanyalah bagaimana rasanya ketika dipegang dan dilepaskan? Kalau ia menjawab tak ada rasa, mintalah maaf banyak2, kemungkinan ia tidak suci lagi. Tapi kalau ia menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar2 atau ada rasa sakit seperti berdenyut2. Alhamdulillah nampaknya masih suci. (Yg menguji mesti lelaki)
JARI TELAPAK TANGAN
Dengan jari2lah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan, begitu pula halnya jari2 perempuan, jari2 adalah kawasan yang paling asas untuk mengetahui gadis masih suci atau tidak. Caranya cukup mudah, terlebih dahulu berjabat tangan, selama berjabat tangan remas2lah tangannya, kalau laki2 bukan mahramnya boleh memegang tangan seorang gadis, itu menunjukkan dara kecil dibahagian tangannya sudah ternodai. Apabila tangan dan jari2 gadis itu boleh di ramas2 bererti peluang untuk memegang tempat2 yang lain terbuka lebar. Cuba jari2 gadis itu di belai2 dan di remas2 dengan lembut, bagaimana perasaan gadis itu?
Sentuhan lelaki dijarinya memang membawa satu rasa yang nikmat dan berahi yang tersendiri. Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke bahagian2 yang lain. Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tidak percaya cubalah betapa bahagianya berjalan sambil berpegangan tangan. Bila anda ingin mengetahui gadis itu terbiasa di sentuh atau tidak, cuba hulurkan tangan dan bersalaman dengannya, selama bersalaman genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis itu. Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu, apakah dia nampak gelisah dan resah? kalau dia terkejut bererti besar kemungkinan dia masih suci, kalaupun dia pernah berasmara, mungkin belum sampai tersondol.
Jika disaat jari kelingkingnya disentuh dia nampak rilex saja, dan tak mau bicara, besar kemungkinan kesuciannya sudah lenyap. Wallohu a’lam.
PERUT
Peribahasa mengatakan biar pecah di perut jangan pecah di mulut, begitulah kata peribahasa, tapi tubuh wanita bukanlah peribahasa. Kalau pecah kegadisannya, pasti pecah perut. Bila gadis pernah melakukan hubungan kelamin, maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit. Oleh karena gadis yang belum pernah melakukan hubungan badan pinggangnya masih ramping dan perutnya masih kempis. Mengapa perut menjadi buncit sedikit? Ketika gadis itu melakukan hubungan kelamin sudah tentu gadis itu sampai ke puncak (organsme), ketika gadis itu tidak tahan dan menahan dibagian perut.
Otot2 bahagian perut menahan ke puncak dengan daya tahan yang sangat tinggi dan kuat. Ketika itulah perut itu mengembang dan setelah melakukan hubungan badan perut pun membuncit sedikit. Satu lagi tanda di perut, kalau gadis itu sudah pernah melakukan hubungan seks, ada garis panjang dari bawah buah dada sampai ke perut dan dari pusat sampai ke kemaluan. Garis ini tidak terjadi pada semua gadis, tetapi kalau ada gadis yang memiliki garis ini maksudnya ia tidak suci lagi. Ada sebahagian gadis yang sudah pernah melakukan hubungan seks hanya memiliki garis dari bagian bawah pusat sampai ke kemaluan. Kalau gadis itu sudah hamil, garis itu akan terbagi dua, cuba lihat perut wanita yang hamil, mesti ada garis2 retak yang melintang di perutnya.
Gadis yang masih suci pada umumnya perutnya masih lembut. Bagi yang sudah pernah berhubungan badan, kulit perutnya agak kasar sedikit. Ada juga yang menjadi keras sebab hormon2 dan lemak mewujudkan gumpalan dibahagian bawah dinding perut. Wallahu a’lam
RAMBUT
Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya memang kemas, kelihatan segar dan tidak kasar, sementara gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak berghairah. Di zaman nenek moyang kita dulu, mungkin masih ada yang diamalkan sampai saat ini. Ketika seorang gadis hendak dinikahkan, ahli penghias pengantin terlebih dahulu memotong rambut didahi, ditekuk dan disebelah belakang telinga kiri dan kanan. Rambut2 inilah yang oleh mereka disebut rambut perawan.
Dengan menggunting rambut2 ini, mereka mengetahui apakah gadis itu masih suci atau tidak. untuk membuktikan cuba sediakan satu buah kelapa muda yang sudah dilubang ditengahnya dan airnya tidak dibuang lalu masukkan potongan rambut tersebut. Jika rambut2 itu terapung dipermukaan air kelapa artinya gadis itu masih suci. Jika semua rambut itu tenggelam ertinya gadis itu sudah tidak suci. satu lagi caranya, kalau disaat ditiup angin rambut gadis itu mengembang lembut dan kembali ketempat asalnya.
Alhamdulillah nampaknya ada harapan kegadisannya masih ada. Wallahu a’lam.
BIBIR
Percaya atau tidak bahawa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik dan cantik. Apabila bibir bertemu bibir, maka akan membuat pergerakan darah akan mengalir kebibir dan membentuk bibir yang baru. Lebih kerap dicium, lebih cantik pula bibirnya. Tapi ada juga gadis yang mempunyai bibir mulut yang cantik walaupun tidak pernah dicium. Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada garis lebam (bengkak) atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak kelihatan pucat dan bibirnya licin dan basah.
Bibir yang pernah kena cium akan nampak bengkak sedikit walaupun hanya satu kali saja, dan dapat merubah bibirnya juga terdapat garis-garis kasar yang memperindah bentuk bibir. Bila gadis itu tidak suci lagi, bahagian tengah bibirnya nampak retak, seakan-akan terbagi dua, retaknya tidak begitu jelas, akan tetapi nampak kalau diperhatikan betul-betul. Ada pula yang mengatakan gadis tidak suci ketika ia tertawa bibirnya nampak lebih lebih besar dari pada tidak tertawa dan bibir bawah tampak keluar dari pada bibir yang atas. Wallahu’alam.
KEMALUAN
Ini tentunya hanya diketahui selepas berkahwin. Permukaan gadis yang pernah melakukan hubungan kelamin, kelihatan sedikit lebam, pintu kemaluan tidak tertutup rapat, agak renggang sedikit. Kalau gadis yang masih perawan, kemaluannya sentiasa tertutup rapat. Sebenarnya selaput darah bisa dilihat langsung kedalam kemaluan gadis. Bila kemaluan masih ketat bererti gadis itu masih suci. Kalau lubang itu terbuka sedikit bermaksud gadis itu sudah tidak perawan lagi.
Cuba perhatikan warna kemaluan gadis, kalau permukaannya pintu kemaluannya berwarna ungu, kemerah-merahan berarti dia masih suci, akan tetapi kalau warna merah sudah pudar malah menjadi pucat, bermaksud dia sudah tidak suci lagi. lagi satu, biasanya ketika malam pertama, lelaki biasanya agak susah memasukkan zakarnya kedalam kemaluan gadis. Pertama kali melakukan hubungan kelamin dengan seorang gadis yang baru pecah selaput darahnya memang tidak memuaskan, kerana gadis itu tidak nyaman dengan darah yang keluar pada malam pertama (kebiasaannya) dan rasa pedih pada kemaluannya. Sehingga ia tidak akan hendak berlama-lama. Untuk mengetahui selapaut dara yang pecah, cuba konsentrasikan mata anda kedahi isteri anda, kalau dia berkerut ertinya dia menahan sakit, tetapi kalau dia berpura-pura, faham-fahamlah…
Wallahu’alam..
LEHER
Leher juga menjadi salah satu tempat yang dapat menunjukkan gadis itu masih suci atau tidak. Bila leher perempuan itu nampak berkedut-kedut, artinya perempuan itu pernah disentuh laki-laki. Garis kedutnya bukan seperti garis kedutan kerana tua, garisnya kecil-kecil, pendek-pendek dan putus-putus, bukan garis yang panjang. Kalau ingin melihat dengan jelas tunggulah gadis itu menundukkan kepalanya. Lihatlah dengan cepat dan cermat.!. bila gadis itu selalu dipegang lelaki, maka lehernya terdapat tanda-tanda hitam kecil dilubang romanya dan warna lembab kecil seperti bintik-bintik.
Adakalanya lubang bulu roma nampak jelas dileher, ini juga berarti gadis itu sering disentuh. Kalau gadis itu berleher panjang (jenjang), coba perhatikan dibahagian lehernya, jika terdapat garis-garis urat yang bersilang artinya gadis itu masih suci. Jika terdapat garis-garis yang melintang, bukannya urat yang melintang, ini bererti perempuan itu sudah pernah melahirkan anak. Wallahu’alam.
PIPI
Wanita yang tidak suci lagi wajahnya tidak berseri-seri, pipi gadis yang masih suci senantiasa mengghairahkan dan merah segar. Kalau pipi gadis yang pernah dicium warna kemerah-merahan akan hilang. Kalau pipi itu merah kerana dicium ayah atau saudara sekandung maka tidak membahayakan terhadap kesucian gadis tersebut. Cuba perhatikan betul-betul pipi gadis yang tidak perawan lagi terdapat garis melintang yang tidak begitu jelas/tampak.
Walau bagaimanapun pipi gadis yang pernah kena cium masih tetap cantik, akan tetapi kalau sudah biasa dicium/disentuh lelaki, lesung pipinya kurang dalam dan terdapat satu garis disebelah lekuk lesung pipinya. Gadis yang masih suci, bila berbicara disekitar pipi kanannya maupun kiri cepat berpeluh, dan peluh ini akan keluar walaupun ditempat yang sejuk. Peluh yang dimaksud mungkin tidak nampak kecuali dilap dengan tissue.
Cuba perhatikan bahagian tepi telinga seorang gadis. Dibahagian itu terdapat anak rambut yang halus dan lembut. Apa bila gadis itu tidak suci lagi, anak rambut itu tidak akan gugur, tetapi masih tetap ada, namun menjadi keras bahkan kasar. Apabila ditiup angin anak rambut itu nampak begitu kasarnya dan disisi pipi kelihatan agak gelap walaupun gadis itu berkulit hitam manis. Wallahu’alam..
“Berpesan baiklah kamu terhadap wanita, sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan yang paling bengkok bahagian atasnya. Oleh kerana itu, apabila kamu paksa untuk meluruskannya maka akan patahlah ia, dan apabila kamu membiarkan, maka akan bengkoklah ia selamanya”. (HR. Bukhari Muslim).


TERUNA


Sebelum ini banyak sangat yang kita tahu bagaimana nak mengetahui gadis masih perawan atau tidak.... Tetapi pada saat ini lelaki jugak perlu risau kerana ada petua orang-orang tua dahulu bgi mengenal pasti anda masih "TERUNA" atau tidak.... Kepada gadis-gadis perawan tips ini berguna untuk anda... :)

Mempunyai Perut Yang Mendatar

Lelaki yang masih teruna mempunyai bentuk perut yang mendatar jika hendak dibandingkan dengan lelaki yang telah hilang teruna atau berkahwin. Ini kerana jika seseorang sering melakukan hubungan seks bentuk perut mereka akan berubah menjadi buncit. Tapi kalau yang berbadan besar or gemuk tuh x taw la plak nk cakap cam ne....hahahah


Mempunyai Punggung Yang Berisi

Bahagian punggung seorang teruna kelihatan berat dan berisi. Mereka yang sudah pernah melakukan hubungan seks akan membuatkan punggung mereka tidak kelihatan atau setidaknya tidak berisi seperti saat masih teruna.


Mempunyai Kelopak Mata Yang Cerah

Di bahagian bawah kelopak mata seorang teruna adalah cerah. Ini disebabkan mereka tidak mengeluarkan tenaga yang banyak untuk melakukan aktiviti masturbasi. Sebaliknya jejaka yang sudah tidak teruna memiliki kelopak mata berbentuk cekung dan berwarna kehitaman kerana tenaga dalam tubuh yang keluar semasa aktiviti masturbasi. 


Mempunyai Perasaan Ghairah Yang Terpendam

Seorang jejaka yang tak pernah melakukan hubungan seks dengan wanita kebiasaannya memiliki perasaan ghairah yang terpendam. Biasanya selepas bangun tidur di pagi hari alat kemaluannya akan 'bangun'. Seseorang yang masih teruna akan sering mimpi basah dan jejaka yang sudah tidak teruna tidak akan pernah mengalami mimpi seperti itu lagi. 


Suka Melihat Wanita Cantik 

Lelaki teruna suka melihat perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat pada tubuh wanita. Apabila lelaki teruna bertentang mata dengan wanita cantik, dia akan segera mengalihkan pandangannya berbanding lelaki tak teruna mengekalkan pandangannya.

Malu Untuk Becakap Dengan Wanita Cantik 


Apabila berjumpa dengan wanita cantik, lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yang cantik. Lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku. Dia akan menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.

Saturday, 18 May 2013

Pesanan Rasulullah Kepada Remaja


  1. Remaja/ Pemuda yg menghambakan diri
    • “ Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya… …pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada Allah.”
    • (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  2. Rebutlah masa muda
    • “ Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu.”
    • (Riwayat al Hakim)
  3. Hati2 dengan kehidupan
    • “ Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”
    • (Riwayat Tirmizi)
  4. Hidup dengan ibadah
    • “ Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).”
    • (Riwayat Imam Abu Ahmad dan Ya’la)
  5. Remaja/ Pemuda pendokong Dakwah
    • Rasulullah SAW menerima wahyu ketika umur 40 tahun
    • Abu Bakr ketika itu 37 tahun
    • Umar Al Khattab memeluk Islam ketika umur 27 tahun
    • Ali ketika itu di awal remaja
    • Abdullah Mas’ud, Said bin Zaid, Abd Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin Umair dll
  6. Pemuda peneraju perjuangan
    • Tewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam, Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan para pemuda
  7. Harapan untuk Pemuda
    • Ya Allah! Sediakan bagi umat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu daripada mereka...
  8. Kembalikan kegemilangan
    • Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaan dan keagungan bagi umat Muhammad ini.

Al Imam As-syahid Hasan al-banna ada menyatakan..
“Generasi muda merupakan rahsia kehidupan umat dan sumber kebangkitannya.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan ‘rahim’ umat itu melahirkan tokoh-tokoh yang memenuhi syarat rijal (pemuda islam) yang sebenarnya.”

"Wahai Pemuda! Seruan pertama sekali kepada tugas ini untuk kamu iaitu hendaklah kamu percaya kepada diri sendiri,hendaklah kamu mengetahui kedudukan kamu dan kamu yakin bahawa kamu adalah para pemimpin dunia sekiranya kamu mahu musuh kamu menjadi hina..Tentukanlah wahai pemuda iman kamu,matlamat dan tujuan kamu"

Sumber: Islam, Addeen

Friday, 17 May 2013

Fitrah Kanak-Kanak




Ramai ibu bapa amat ghairah menekankan pendidikan akademik kepada kanak-kanak sehingga terlupa bahawa kanak-kanak memerlukan kebebasan untuk bergaul dan bermain bersama rakan-rakan. Islam menggalakkan ibu bapa mendidik anak-anak supaya menyesuaikan diri dengan rakan-rakan yang berbeza taraf hidup dan kedudukan. Sikap mengurung anak-anak di rumah kerana ingin menghasilkan anak-anak yang cemerlang dalam akademik dalam umur yang begitu muda adalah bertentangan dengan fitrah ciptaan kanak-kanak.

Kebijaksanaan dan kecemerlangan seseorang adalah berdasarkan kepada pendedahan dan pengalaman hidup sejak dari alam kanak-kanak sehingga dewasa. Jika anak-anak dididik dan dibesarkan dengan ilmu akademik dan tidak didedahkan kepada alam persekitaran, keagamaan dan pergaulan dengan rakan-rakan maka beliau tidak mampu untuk menyesuaikan diri apabila terdedah kepada suasana yang begitu bebas dan tidak terbatas.
Psikologi kanak-kanak perlu difahami oleh kedua-dua ibu bapa jika mereka ingin melihat kejayaan anak-anak mereka. Cara Rasulullah SAW mendidik dan memelihara Aisyah, isterinya yang termuda perlu dijadikan panduan oleh umat Islam. Apabila baginda berkahwin dengan Aisyah, umurnya ketika itu baru menjangkau tujuh tahun dan masih bermain dengan anak patung.

Baginda memberi kebebasan kepada Aisyah bergaul dengan rakan-rakannya sehingga bunyi riuh-rendah dalam rumah baginda kerana Aisyah ghairah bernyanyi bersama rakan-rakannya. Apabila Abu Bakar melalui rumah Rasulullah beliau mendengar Aisyah dan rakan-rakannya menyanyi dan membuat bising lalu beliau masuk ke rumah baginda dan memarahi Aisyah. Rasulullah SAW memberitahu Abu Bakar bahawa Aisyah berhak menunaikan haknya sebagai kanak-kanak dan bergembira bersama rakan-rakannya.

Kecemerlangan kanak-kanak bukan hanya sekadar dalam akademik sahaja. Pemikiran kanak-kanak akan berkembang secara sihat dan cemerlang apabila mereka didedahkan kepada persekitaran.
Ketika ini ibu bapa perlu memainkan peranan penting mengasuh kanak-kanak memahami erti kehidupan dalam konteks alam kanak-kanak. Imam al-Ghazali menggalakkan umat Islam supaya mendidik anak-anak memahami perasaan rakan-rakan mereka.

Anak-anak orang kaya perlu bergaul dengan anak-anak orang miskin supaya mereka dapat memahami bahawa dalam dunia ini ada manusia yang memerlukan pertolongan.
Melalui pergaulan seperti ini kanak-kanak akan membesar secara sihat dan bijaksana. Apabila mereka menjadi pemimpin maka mereka akan menumpukan sepenuh perhatian kepada kebajikan masyarakat bukan untuk mengaut kekayaan kerana jiwa mereka telah sebati dengan jiwa masyarakat.
Ibu bapa yang tidak bergaul dengan masyarakat dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap didikan anak-anak di rumah sehingga anak-anak tidak bebas bergaul dengan rakan-rakan di luar rumah adalah bertentangan dengan konteks kehidupan umat Islam.

Mereka hanya berjaya mendidik anak- anak menjadi cemerlang dalam akademik sehingga mengagumkan orang lain. Hakikatnya, mereka tidak menyedari bahawa sikap mereka boleh menyebabkan anak-anak menghadapi kejutan budaya apabila terdedah kepada alam sekular yang terlalu bebas.
Sikap terlalu mengutamakan pelajaran akademik sehingga menyebabkan kanak-kanak tidak mempunyai peluang untuk bergaul dengan rakan-rakan adalah bertentangan dengan konsep kemanusiaan kerana manusia dicipta sebagai 'makhluk yang hidup bermasyarakat'.
Alam kanak-kanak adalah satu alam yang indah di mana kanak-kanak sama ada miskin atau kaya terlalu gembira apabila dikerumuni oleh rakan-rakan.

Apabila kanak-kanak tidak dibenarkan bergaul dan bergembira bersama kanak-kanak lain maka kehidupan mereka berada dalam alam yang derita. Perasaan demikian tersemat dalam hati nurani mereka.
Ketika mendapat kebebasan dan di luar kawalan ibu bapa, mereka gagal untuk mengimbangi kehidupan sosial dengan kehandalan ilmu akademik yang dimiliki oleh mereka.

Sumber:www.rehal-centre.com

Thursday, 16 May 2013

Keistimewaan Kaum Adam



Bersyukur lah kepada Allah s.w.t kerana anda dilahirkan sebagai golongan kaum adam. Allah itu Maha Adil, apa yang ada pada golongan adam pasti diperlukan dan memerlukan dari golongan kaum hawa.Semuanya saling melengkapi, tengoklah bertapa hebat nya kekuasaan Allah s.w.t. Disini diantara beberapa keistimewaan yang di kurniakn daripada Allah s.w.t kepada golongan kaum adam :

  • Kaum lelaki adalah khalifah, wali dan saksi .
Kaum lelaki dipilih oleh Allah s.w.t sebagai khalifah dimuka bumi ini.. Kaum lelaki juga menjadi wali nikah Kaum lelaki juga disyaratkan menjadi saksi. Kaum wanita pun boleh tetapi kaum lelaki lebih banyak disebut dengan jelas didalam al-Quran.

  •  Anugerah mimpi basah.
Kaum wanita tidak akan pernah memahami bertapa nikmatnya mimpi basah. Mimpi ini hanya boleh dirasai oleh kaum lelaki dalam peredaran usia mumayiz kepada akil baligh. Ini lah keuntungan jadi lelaki.. Lihat lah betapa sayangnya Allah pada kita sehingga Dia sendiri mengajar cara-cara untuk berjimak.

  • Kahwin empat.
Lelaki boleh kahwin 4 tetapi kaum wanita tidak boleh.Zaman sekarang zaman dimana lelaki semakin berkurangan. Atau pun dengan jelas lagi kaum perempuan lebih ramai dari kaum lelaki. Jadi sebagai kaum lelaki yang baik hati ini memberi sedikit peluang kepada kaum wanita yang lain untuk merasa bertapa indahnya bergelar seorang isteri. Apa salahnya kan??. ^_^ . Kaum wanita jangan terasa hati ya..

  • Kaum lelaki memegang kuasa cerai dan talak.
Kaum lelaki berkuasa menceraikan isterinya dengan talak. Lagipun syurga isteri dibawah tapak kaki suami. Isteri tidak boleh menceraikan suaminya selagi suaminya tidak berkait dengan kesalahan-kesalahan yang tertera pada Seksyen 52 Akta Undang-undang Kekeluargaan Islam. Itu pun kalau kaum wanita nak minta fasakh kena pasang peguam dan tak boleh jatuhkan talak. Disini ada peringatan yang ikhlas dari kaki wayang.. Ingatlah kaum wanita, Nabi Muhammad S.A.W melihat ramai orang perempuan yang berada di dalam neraka berbanding lelaki.. Sebabnya adalah menderhakai suami.

  •  Aurat kami tidak serumit kaum wanita.
Aurat kaum adam hanya dari pusat hingga ke lutut.. Jadi kami boleh membuka baju sesuka hati sambil menunjukkan perut yang boroi. haha..  Kalau main bola sepak pun kami boleh tanggalkan baju. Paling teruk pun cuma diberi kad kuning sahaja..Jadi kami agak bebas berbanding wanita tetapi masih ada batasnya lutut tak bleh nmpak hingga la ke pusat sbab tu ada pemain bola yang memakai seluar fit untuk menutup aurat mereka....usaha yang bagus... ^-^//

  •  Anugerah 9 akal.
Kajian telah membuktikan memang kaum wanita lebih banyak menamatkan pelajaran dalam pengajian tinggi. Walau bagaimanapun kaum lelaki boleh survive hidup dengan anugerah 9 akalnya. Tidak kiralah dia gunakan secara baik atau tidak baik. More to survival skills....

  •  Lebih relevan dalam membuat keputusan.
Ramai kaum wanita lebih suka kaum lelaki yang menjadi big boss dalam sesuatu syarikat atau situasi. Ini kerana kaum lelaki kurang beremosi dalam membuat keputusan. Kaum wanita dia kena menempuhi saat-saat beremosi yang dipanggil waktu PMS .

  •  Organ reproduksi boleh berubah.
Ini lucah sikit.. Organ reproduksi kaum adam bertindak seperti termometer suhu. Kalau sejuk sangat organ reproduksi kaum hawa diluar jangkaan. Perkara ini tidak akan dapat dirasai oleh kaum wanita. Kalau ada sila mengaku. haha.

Jadi, banggalah menjadi kaum lelaki dan sila jaga kaum wanita sebaik mungkin. Mereka itu anugerah dari Allah s.w.t untuk kita peliharakan dan kita lindungi. Jaga mereka dengan bermaruah. Nabi pernah berpesan pada kaum lelaki agar melindungi kaum wanita dengan sebaik-baiknya.

Sumber: Yayasan Dakwah Islamiah

Kasihnya Allah terhadap Kaum Hawa




Hakikatnya, ´betapa kasihnya Allah SWT kepada wanita.´ Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ´layanan´ istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sebagaimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah s.w.t tawarkan buat seorang wanita di dalam agama Islam.

Bagaimanapun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu, kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pelindung di dalam keluarga (pemimpin) dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lantas kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah kalau boleh mereka tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang dibuat oleh manusia seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7.00 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan banyak lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan akhirat.

Allah s.w.t sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Allah s.w.t kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada wanita, sama ada secara langsung ataupun tidak.

GELARAN ´ISTERI´ DI DALAM AL-QURAN

Perkataan yang Allah s.w.t gunakan di dalam al-Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah ´husband´ manakala perkataan untuk isteri ialah ´wife´. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah ´mari´ manakala perkataan ´femme´ untuk isteri.

Tetapi di dalam al-Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza ´zaujuh´ dan ´zaujat´. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu ´zaujuh´ yang bermakna ´pasangan´. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna bahawa kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanita. 

Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap semua itu adalah setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap bahawa stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam al-Quran.

Namun, gelaran ´zaujuh´ ini hanya diberikan kepada isteri yang beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut ´zaujuh´. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam al-Quran, mereka disebut ´imraah´, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap mahupun pelindung kepada suaminya.

PEMBELAAN RASULULLAH TERHADAP WANITA

Di dalam hadis Rasulullah s.a.w banyak yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
1. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Apakah wanita tidak berasa mulia dengan hadis ini? Mengapa Rasulullah s.a.w memilih perkataan ´di bawah telapak kaki´ dan bukan ´di dalam tangan´ atau ´di sisi seorang ibu´? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan menghambakan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.
2. Orang yang paling baik di antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.
3. Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina. (Hadis riwayat Ibnu ´Asakir)
4. Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
5. Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya) yang mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang disukai. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam suatu masyarakat yang bertakwa, kaum wanita tidak perlu bimbang bahawa mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka dapat meyakini bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

BAHAGIAN TUBUH WANITA YANG DIANUGERAHKAN NAMA YANG MULIA

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil daripada nama Allah s.w.t yang bermaksud ´Maha Penyayang´. Sudah tentulah Allah s.w.t tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Allah s.w.t akan memilih sesuatu yang mulia, juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Allah s.w.t tidak memberikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah s.w.t dan memberi makan kepada apa yang Allah s.w.t ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Allah s.w.t kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa dapat menafikan kepentingan rahim bagi kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan betapa mulianya wanita di sisi Allah s.w.t.

DIBERI PAHALA YANG BERTERUSAN

Wanita disebut ´kurang dari sudut agama´, tetapi ini bukan bermaksud bahawa wanita itu kurang dari sudut iman dan takwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Bagaimanapun, oleh kerana pada waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Allah s.w.t tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan karenah anaknya pula, maka makin banyaklah pahala yang Allah s.w.t sediakan untuknya.

Begitu Maha Pemurahnya Allah s.w.t kepada wanita. Maha Pengasihnyanya Allah s.w.t kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah para wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada seseorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Apa yang Allah s.w.t tawarkan itupun sudah terlalu banyak nikmatnya.



Sumber:http://www.yadim.com.my